Skip to main content

Mendapat jodoh yg baik

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Comments

soffea said…
amin ya Rabb :)

semoga fatin bertemu jodoh yang terbaik utk fatin. amin, amin, aminnnn..
Fatin A'lia said…
Amin.. InsyaAllah.. P Sofia.. Ade pnh fatin bace kalo nk mujarab kena buat ikut sunnah nabi =)

Popular posts from this blog

2nd Reception Dewan MPT Taiping

Hello Begitu Indah, This is some my 2nd wedding Reception Photo, Photo by Aleeya Studio Dress by Qareezma design Makeup by Sazlees Bridal Gallery Venue Dewan MPT Taiping Date 16 November 2013

Baby Born

39weeks rs mild contraction dr ahad petang.. Sampai pagi isnin.. Kebetulan isnin check up.. Doc Ratna tnye ade tanda2 ker.. Aku ckp xde darah or air ketuban.. Cuma mild contraction mcm period pain yg tak kuat.. Doc Ratna check jln.. Gile sakit Kena seluk.. Bukaan br 1cm, doc seluk bg buka jd 2cm gile sakit.. Menagis Aku.. Doc bg MC 1mggu die ckp bile2 mase leh bersalin.. Tp die srh Aku usaha lebih.. Byk jln n ketuk ketampi.. Sbb bdn Aku Kecik.. Kalo xnk czer Kena usaha..  Blk je hospital Terus g KLCC jalan2 n esoknye Aku tingkatkn usaha dgn ketuk ketampi.  21/11/2015 40weeks masih lg xde tanda2 Aku relax je g jln mid velly.. Ade baby expo. Dpt jumpe Che Ta n Aisyah Dhia Rana.. Lps blk je sakit celah kangkang makin menjadi2 rs mcm baby dh bwh sgt but no contraction  23/11/2015 check up ngan doc Ratna.. Doc check laluan.. Dh 3cm.. Doc seluk jdkn 4cm. Doc Kate esok Kena induce sbb air ketuban dh 9 . Maka admit la Aku pukul 10mlm.. Sampai wad je nurse bg ubat berak.. X sampai 5 minit Terus

12 years past and The Future

I scroll my blog , and looking at all my old post hahahaha.. 1st post on 2010, but actually i already wrote since 2007 on myspace blog and change to this blogspot around 2008. 12 years past, lot of memories, joy, heart broken , and motivation. LET START NEW CHAPTER