Skip to main content

Pemilik Hati yg Patah

Pemilik Hati Yang Patah..

Untuk yang sedang bersedih

Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.

Wahai jiwa yang sedang layu…

Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.

Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…

Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.

Untukmu yang sedang luka..

Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.

Hai pemilik hati yang patah..

“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!

Kawanku yang dicintai Allah..

Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur.

Ini untukmu yang sedang bersedih

Dalam rangka menasihati diri sendiri…

p/s : Credit to Pemilik hati yg patah

Comments

belog|amiyo said…
wow! countdown untuk ke Korea. tak sabor nampaknya. ok gua jeles. komen ini bkan untuk entry di atas. :D

Popular posts from this blog

Birth story

Birth Story   Adam Amri B Radeen Harris  3.53kg - 7/1/2018 - 1AM 6/1/2018 8am Pagi ni activity biase bg Ameera mkn, Sy pun skli la breakfast.. xde rs sakit ape2 walaupun Dh lebih Tarikh due 4 hari.. so relax saje sambil minum raspberry tea..  9.30am rs sakit perut mcm nk membuang, so pegi la toilet, tp lps skli pegi sakit gak.. ahh!! sudah Kena diarrhea lak plak.. org ckp diarrhea tanda2 bersalin.. xpe kte relax lg sbb xde rs contraction lg.. 10.30am rs mild period pain, rs mcm Braxton Hicks.. so lyn kn shj.. sbb Mmg start Braxton Hicks sejak 26 weeks mayb kurang minum air.. sakit pun timing die tak sekata  11.00am Naluri sorg ibu.. walaupun timing x sekata dpt rs Baby ni akn keluar bile2 mase shj, minum lg raspberry tea sambil duduk kt gym ball tgk running man.. tgh relax2 rs sakit kuat tp masih boleh tahan.. 2.00pm practice breathing  sampai terlelap habis lari kiraan contraction hahaha.. rs sgt tenang sampai xrs contraction langsung...

Spring Trip day 4 Jeju-do

Anyonghaseyo.. Good morning Jeju. Weather forecast it will be raining whole day in jeju.. I already prepare my rain coat.. In Korea.. U must really alert with the weather forecast.. Not like Malaysia.. Weather forecast not really important.. Our tour guide bring us to mystery road.. Yes it very mystery.. The bus can move without engine start.. Want to know the secret?? Please visit Jeju =P The we go to cherry blossom road.. Haha very excited moment.. So sweet .. With the pink petals fall feel so romantic.. ( I tag ISB ❤ at one of cherry blossom picture ) Coz the time is limited..n drizzle . From cherry blossom road we moving to dragon rock.. This dragon rock is located near beach.. Waa.. I love Jeju so much.. Also at this area hv a small souvenir shop. But sorry Im not survey the price.. =( The we go to mandarin farm.. Actually u need to pay if want to enter the farm.. But to avoid it our tour guide bring use at the shop near the farm.. So from the shop we enter the farm ha...

12 years past and The Future

I scroll my blog , and looking at all my old post hahahaha.. 1st post on 2010, but actually i already wrote since 2007 on myspace blog and change to this blogspot around 2008. 12 years past, lot of memories, joy, heart broken , and motivation. LET START NEW CHAPTER